"3000 SLE Supporters Giveaway"

Posted by madkie on Thursday, October 10, 2013


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750

Posted by madkie on Tuesday, October 8, 2013

Assalamualaikum sahabat, giveaway kedua bulan nie madkiez join.hehehe

"dengan lafaz Bismillah, saya madkie menyertai giveaway ini setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh blogger Nurul Nabila sempena hari kelahirannya yang akan datang. disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir semoga dimurahkan rezeki, diberi kelapangan dan kejayaaan dalam ujian yang akan datang. In Shaa Allah. Aminn"




 syarat-syarat dan hadiah boleh disemak di SINI

tarikh TAMMAT 10/10/2013!!

p/s:Salam perkenalan daripada madkie ;)


1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY

Posted by madkie

Assalamualaikum sahabat, dah lama tak join mana2 giveaway . Artikel kali ini adalah untuk peryertaan madkie dalam giveaway yang julung2 kali diadakan oleh MISS FLUFFY. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini...


Hadiah-hadiah yang disediakan juga menarik dan berbaloi-baloi. sesiapa yang belum sertai, bolehlah menyertai dengan klik pada banner diatas. 

p/s: Salam perkenalan daripada madkie ;)

Karangan Banjir Bahagian 4

Posted by madkie on Monday, October 7, 2013

aku memegang kemas-kemas perahu itu, perahu kami terbabas ke arah semak. Ibu melindungi adik dengan badannya supaya tidak terkena ranting-ranting kayu. Pak Su Omar dan abah berusaha untuk keluarkan perahu kami dari semak itu. Aku melihat benda yang melanggar kami berwarna hitam dah berduri-duri. Rupa-rupanya yang melanggar kami ialah batang pokok sawit yang dah lama ditebang. Abah menolak batang sawit itu supaya hanyut ke arah semak.

Setelah 20 minit mendayung perahu, akhirnya kami sampai ke tempat pemindahan banjir. Kelihatan sudah ada beberapa keluarga yang telah berpindah lebih awal daripada kami. Pak Su Omar menambat perahu di pohon senduduk agar tidak hanyut dibawa arus. Abah pula mengeluarkan barang-barang dari perahu, aku turut membantunya agar semua barang dapat dibawa dengan sekali jalan. Pak Su Omar membuka beg rokok daunnya dan mengulung daun rokok dengan tembakau. Aku dan semua ahli keluarga sudah berada di ruang dewan, kami dikehendaki mendaftar sebelum ke bilik darjah yang akan digunakan sebagai tempat pemindahan sementara.


Setelah selesai proses pendaftaran, kami mula bergerak ke bilik darjah yang telah dibersihkan. Alhamdulillah semua barang-barang dan dokumen penting kami selamat dari basah kuyup. Aku membersihkan diri dan bersolat asar di surau, mujurlah surau berhampiran dengan tempat kami ditempatkan. Selesai solat aku mula meninjau keadaan sekeliling sekolah kerana terdengar bunyi bot berenjin. Rupa-rupanya, bantuan makanan dan pakaian daripada pihak berwajib tiba dengan tiga buah bot. Kelihatan Pak Su Omar dan beberapa orang kampung membantu mengangkat barang-barang bantuan ke dewan.Di dewan Mak Su Kiah dan beberapa orang kampung sedang memasak untuk makan malam mangsa-mangsa banjir.

Tiba-tiba bahuku di tepuk dari belakang,terkejut bukan kepalang... Rupa-rupanya, Salim dan Majid kawan sekolahku. Dia mengajakku untuk menolong dia membahagi makanan ringan ke semua keluarga yang berpindah. Aku segera bersetuju untuk menolongnya. Semasa menolong Salim dan Majid baru lah aku tahu ramai jugak kawan-kawan kami yang berpindah dan ada jugak yang berdegil tidak mahu berpindah seperti keluarga Haikal. Sememang Pak Cik Harun, ayah Haikal terkenal dengan perangai keras kepalanya. 

Selesai membahagi-bahagikan makanan ringan kepada semua kami membawa semula lebihan makanan ringan ke dewan tempat simpanan makanan. Pak Cik Din mengucap ribuan terima kasih kepada kami kerana menolong mengagihkan makanan tersebut. Kata-kata pujiannya membuat kami rasa cukup diberi penghargaan. Bagi kami Pak Cik Din merupakan penghulu kampung yang sangat berkaliber dan patutu dicontohi oleh penduduk kampung.

Malam itu, kami beramai-ramai makan di dewan sekolah selepas bersolat maghrib yang dimamkan oleh tok imam. Selepas makan Pak Cik Din selaku ketua kampung memberi sedikit ucapan dan peringatan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah dan menjaga harta benda sekolah. Beliau turut mengingatkan agar sentiasa berwaspada supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Selepas Pak Cik Din berucap, Pak Wahab selaku ketua Rela turut memberi ucapan, kata beliau keluarga yang masih berdegil untuk berpindah akan dipujuk berpindah kerana dijangka paras banjir akan terus meningkat sehingga pagi esok. Selepas Pak Wahab habis berucap kami pun bersurai.

Aku terkebil-kebil kseorangan, jam didinding menunjukkan pukul 3 pagi. Hujan turun dengan lebat sekali, aku cuba memejam mata, tapi terasa susah untuk aku terlena kembali. Aku cuba memandang sekitar bilik yang kami diami, semua nyenyak tidur. Tiba-tiba....


Karangan Banjir Bahagian 3

Posted by madkie on Saturday, August 31, 2013

Air semakin dalam, setiba kami dihadapan rumah air sudah mula memasuki ruang dapur rumah kami. Ibu sedang mengangkat baldi yang mula terapung-apung di ruang dapur, adik kecilku terkial-kial mahu turun dari dukungan ibu. Aku dan abah terus ke dapur untuk menolong ibu mengemas barang-barang. Selepas itu, aku dah abah megangkat peti sejuk dan meletaknya diatas meja diruang keluarga. Mujur lah peti sejuk itu bersaiz sederhana, tidaklah terlalu berat. Tiba-tiba...

air memenuhi kampung


Tiba-tiba terdengar siren yang nyaring dari kampung sebelah. Kata abah, siren itu menandakan paras banjir di kampung sebelah dah mencapai paras bahaya. Abah kemudian menelefon Pak Su Omar agar datang mengambil kami ke tempat yang selamat. Ibu dah siap memasukkan barang-barang yang penting kedalam beg sandal. Pakaian pulak dikemaskan dalam beg yang lain supaya tidak kelam kabut semasa ditempat pemindahan nanti.

Sejam kemudian, Pak Su Omar sampai dengan perahu yang besar. Kata abah perahu itu muat 10 orang dewasa. Abah mendukung adik kecilku masuk kedalam perahu, manakala ibu memimpin dua orang adikku supaya tidak tergelincir. Hujan masih turun renyai-renyai, aku mengangkat beg pakaian satu persatu dan meletaknya diatas kepala perahu.

Pak Su Omar mula mengayuh perahu itu selepas aku berada dalam perahu itu. Ibu memegang payung dan memayung adik-adikku supaya tidak basah. Aku pula menyelimut beg-beg kami dengan plastik yang ada dalam perahu Pak Su. Arus air yang deras membuat hatiku kecut bila memikirkan kemungkinan jika perahu ini terbabas dan terbalik.Tapi Pak Su Omar seorang yang mahir mendayung perahu, dia kelihatan tenang mengayuh perahu perlahan-lahan melawan arus yang melintang jalan ke tempat pusat pemindahan. Tiba-tiba Bannggg...!!


p/s : bersambung lagi ;)






(Personal)Gambarmu dalam dompetku?

Posted by madkie on Friday, August 30, 2013

semalam aku dan kekawan wiring bekerja di bangunan tahfiz berhampiran dengan rumah ADUN Meranti. Tahfiz itu masih dalam pembinaan awal, kami selaku pendawai membuat pengubahsuaian pada bangunan tersebut untuk menentukan kedudukan suis, soket dan point lampu.

Alkisahnya, bos lupa nak bagi duit makan hari tu, jadi bebudak praktikal minta la duit daripada madkie untuk beli makanan tengahari. Secara tidak sengaja madkie bukak la dompet, salah sorang dari mereka terus abik dompet madkie dan menyoal siapa dalam gambar bersama madkie. Madkie berterus terang la dengan kawan tue, yang budak dalam gambar tu ex madkie...

diaorang pada mula terkejut dan menyoal madkie kenapa masih menyimpan gambar ex tersebut. madkie diam, madkie beritahu yang ex madkie dah kahwin. diorang pun terus senyap. sebenarnya madkie pun dah lama tak bukak dompet,biasa duit gaji ke, duit bisnes ke, madkie letak tempat lain. Dalam dompet hanya ada kad debit dan duit RM20 untuk kecemasan saja.

lepas tu terus takda semangat nak kerja.nasib baik hari khamis kerja tak banyak sangat. madkie mungkin akan terus simpan gambar dia dalam dompet madkie sampai satu masa ada pengganti ;)

zaman sekolah rendah

Posted by madkie on Wednesday, August 28, 2013

assalamuailakum sahabat...hari ini dah masuk hari ke 3, madkie dan rakan -rakan sekerja membuat kerja baikpulih pendawaian di sebuah sekolah rendah di kawasan jajahan Rantau Panjang. Sebelum raya kumpulan lain yang membuat pendawaian disitu,jadi kami agak kekok untuk menyambung kerja mereka.
suasana sekolah membuat kami bertiga, Zul, Erie dan madkie merasa tenang dan tersenyum memikirkan tentang masa lalu. Masing-masing mengenangkan zaman sekolah rendah. Kata Erie dia dulu paling suka masa bunyi loceng tidak kira loceng rehat atau balik. Masa rehat jangan ceritalah,masa keluar kelas ramai-ramai berlari ke kantin dan beli kerepok lekor. lepas itu mesti main kejar2 sama kawan -kawan yang lain. Kadang-kadang terjatuh,habis kotor baju. Tapi masa itu tidak fikir kotor ke,bergaya ke,selekeh ke,yang penting seronok dapat main kejar2.
kata erie, masa kanak-kanak adalah satu masa yang paling seronok, kerna kita tidak terbeban dengan seribu macam masalah yang tidak pernah selesai.
Bagi madkie,zaman sekolah rendah memang seronok tapi ada juga masa yang tidak mahu kita ingat atau tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Contohnya,ada kawan madkie yang patah tangan gara2 bergurau,tentu dia tidak mahu mengenang tentang masa itu. Kenapa tidak,gara2 hal itu dia diejek kerna tangan dia hingga hari ini. Tapi Allah SWT Maha Adil dalam mengatur kehidupan hamba-hambaNya,kerna pada masa sekarang dia sudah hidup bahagia bersama keluarga. Madkie sendiri ada masa pahit dan manis masa sekolah rendah,macam mana seronok dan gementarnya hari pertama persekolahan madkie. Masa itu arwah abah yang mendaftarkan madkie ke sekolah rendah itu, arwah pesan supaya berkawan baik2 dengan pelajar sebelah madkie. Kalau tak silap nama budak itu Faizul. Lepas hari itu kami berkawan baik sampai darjah dua sebab madkie turun kelas,biasalah pergi sekolah hanya mahu berseronok saja. Lagipun madkie tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak di taska ataupun tadika. Yang pahit masa Sekolah Rendah madkie pernah sekali dimarahi cikgu bahasa Inggeris sebab tulisan macam cakar ayam,tapi kata cikgu itu tulisan madkie lebih dari itu.dah macam cakar biawak,yang sedih dan memalukan cikgu itu membaling buku madkie ke kaki lima bilik darjah. Memang memalukan,sampai sekarang madkie tak suka bahasa Inggeris.huhuhu.
Itu kisah tahun satu, tahun dua madkie masih aktif bergurau dengan kawan -kawan setiap masa rehat. Tanpa disangka satu hari,lepas madkie makan kerepok lekor dikantin,madkie berlari-lari disekitar taman sains dan berhenti di satu pondok rehat di tengah kawasan darjah dua dan tiga. Tiba-tiba...

...prankkk!!!ada seorang budak darjah tiga langgar madkie,nasib tidak baik kepala madkie terlanggar tiang pondok,kepala madkie sekitar kening membengkak dan mata madkie menjadi kabur. Masa itu heboh kisah madkie terlanggar tiang disekolah. Madkie menangis dan masuk ke kelas,cikgu mengajak madkie ke klinik. Masa diklinik, doktor bertugas menyuruh cikgu membawa madkie ke hospital untuk di x-ray ,takut kepala madkie retak.last2 arwah abah yang bawa madkie ke hospital,madkie takut gila bila kena x-ray.sampai hari ini madkie fobia dengan hospital..tragis betul zaman sekolah madkie :)

Hati,Cinta dan Jodoh

Posted by madkie on Sunday, August 25, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...betullah kata orang merawat mengambil masa dan merasa kesakitan dari kelukaan. Aku selalu tertanya-tanya, mengapa luka dihati sukar untuk diubati?...kita boleh tipu orang lain,bahawa kelukaan itu sudah sembuh dirawat masa. Tapi...bila aku bersendirian, rindu dan bayang-bayangmu masih ada...

teringin aku untuk padamkan ingatanku padamu...sehingga kadang-kadang kehidupan harianku menjadi tidak terurus...selalunya Allah akan mendampingkan kita dengan seseorang yang lain sebagai ganti akan kehilangan itu...dan percaya lah...aku menanti seseorang itu hadir dalam hidupku secara sedar atau tidak sedar...

Ya Allah sesungguhnya aku beriman dengan KetentuanMu..tidak sesekali aku menidakkannya...mungkin buat masa sekarang biarlah hati ini mencari Ketenangan dariMu sebelum bertemu denganMu...

Kadang-kadang untuk meluah perasaan pada seseorang(kawan) terasa sangant rumit...goreng dalam blog pun boleyy..sori kawan2..hati masih dalam mood kacau. ;)

to eat one's heart out
p/s;madkie nie dah kena sawan nie..asyik meroyan dalm blog.. ;)

bila orang dicinta bertemu jodohnya

Posted by madkie on Friday, August 23, 2013

assalamuailakum sahabat...dah lama madkie membiarkan blog ni begini...seperti hidupku yg sudah menjadi sepi...hanya rindu yang masih menemaniku dibalik bayang-bayang kenangan...

aku mahu bangkit dari Kesakitan ini...
siapa la aku utk menentukan jalan ceritaku...
hanya ucapan selamat pengantin baru dpt ku ucapankan...
terima kasih sudi hadir dlm hidupku dan meninggalkanku...
hidup ibarat roda,mungkin lepas ni aku pun akan bertemu dgn org yg sudi hadir dlm hdpku dn mahu hdp dgn ku...
14 hari dah berlalu...

maaf semua hanya luahan hati sahaja...xperlu abik kisah..huhuhu

Karangan Banjir Bahagian 2

Posted by madkie on Thursday, June 27, 2013

...Abah segera mengajak aku pulang selepas selesai berbual dengan Pak Su Omar. Pak Su menyuruh abah mengambil perahu, tapi abah kata nanti petang dia datang ambil. Air mengalir laju,sampah sarap bergerak bersama -sama arus. Ada juga sampah sarap yang melekat pada pagar rumah orang kampung. Aku mengambil sebatang kayu yang hanyut didepanku, lantas menguis sampah itu supaya bergerak pergi. Tiba-tiba...

BANJIR

..tiba-tiba, kami mendengar sesuatu yang berdengus di sebalik semak. Suara yang aku dengar sungguh menakutkan. Aku menghampiri abah dah berada dibelakang dia. Abah mengambil sebatang kayu yang ada ditepi jalan. Aku masih tidak tahu, binatang apakah yang mahu menyerang kami. Aku memegang erat kayu yang ada ditanganku. Abah mula melangkah perlahan-lahan. Dia melibas-libas kayu ditangannya dan membedal kayu itu pada air diatas jalan. Binatang itu berundur perlahan-lahan. Rupa-rupanya...


..rupa-rupanya binatang yang berada dalam semak itu ialah kerbau..tapi warnanya yang hitam berkilat buat aku tidak perasaan. Alhamdulillah binatang itu tidak menyerang kami. aku masih berdebar-debar dan takut. Mana tahu tiba-tiba binatang itu menyerang kami dengan tanduknya yang panjang. Tentu parah keadaan kami. Air semakin dalam, setiba kami dihadapan rumah air sudah mula memasuki ruang dapur rumah kami.

P/s:kalut!!!!!!

KeKaluTaN dan Kalut Malut!!??

Posted by madkie

Salam Kekalutan Semua...terasa hidup penuh kekalutan bila jadual yang dirancang tidak menjadi...jerebu sana sini..Kalut Kalut

hidupku penuh kekalutan..kalut sesungguhya kerana skang aku bekerja untuk rexona,sendiri kdai topup,dan wiring di Uitm Machang..

program rexona

Kalut malut harap-harap dapat settle program rexona di Besut, sebelum Nuzul Al Quran..dan Cybercafe usahabersama tokey dapat diteruskan pada minggu depan..dan wiring di Machang boleh settle secepat mungkin...kalut malut..huhu

Karangan " Banjir " bahagian 1

Posted by madkie on Friday, June 14, 2013

Hujan masih  turun dengan lebat, aku masih dalam selimut. Mataku masih layu menahan kantuk. Tadi ibu datang memarahi aku, sebab masih tidur walaupun dah hampir pukul 11 pagi. Sebenarnya, bukan aku malas bangun  pagi, tapi dengan keadaan hari yang masih berhujan dan sejuk membuatku susah untuk bangun awal. Bebelan ibu membuat tubuhku bergerak spontan untuk perlahan-lahan bangun. Aku terduduk atas katil dengan mata yang tertutup. Kusandarkan kepalaku di dinding rumah. Aksiku menggelikan hati adik kecilku yang berada atas dukungan ibu. Mulutnya ringan menbingitkan telingaku. Tiba-tiba...
crdt:Sebenarnya saya isteri dia!!

...kedengaran sayup suara abah memangil ibu dari pintu hadapan. Ibu mula bergegas ke pintu hadapan.Selepas membuka pintu untuk abah, ibu bertanyakan abah tentang perhimpunan di balai raya pagi tadi. Abah mengelap badannya yang basah."Sarjan Kamal suruh kita pindah,katanya banjir akan datang melanda kampung kita. Kamu kemas barang-barang yang penting". Ibu bergegas masuk kedalam rumah dan memanggil adik-adikku supaya mengemas barang masing-masing.

Mendengar berita dari abah membuat kantukku terus hilang. Terus aku keluar dari selimut yang membaluti tubuhku. Ibu mengarah adik-adikku mengemas beg sekolah dan kasut sekolah. Aku tidak terkecuali, lepas mengeliat aku mula mengemas barang-barang kepunyaanku.Aku teringat yang kasut aku masih diluar rumah, aku membuka pintu hadapan dan melihat kasutku masih di rak kasut. Aku memandang kearah jalan dihadapan rumah kami, alangkah terkejutaku melihat air sudah memenuhi ruang depan rumah.

Aku menggamit abah supaya datang melihat air banjir yang masih galak memnuhi ruang-ruang rendah di sekitar depan rumahku. Hatiku mula rasa gelisah melihat air yang berpusar-pusar dilongkang depan rumah. Abah mengajak aku menemani dia tinggalkan kereta di kawasan yang ditinggi di kampung kami. Kata abah, jalan ke pekan sudah dipenuhi air. Semua kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan itu lagi. Oleh itu abah membuat keputusan untuk membawa kereta ke tempat yang agak tinggi di kampung kami.

Aku yang masih belum mandi terus mengambil baju dan kedepan rumah. Abah sudah menunggu ku sambil menghidupkan enjin kereta. Lima minit kemudian barulah kami bergerak, abah seorang yang cermat menjaga kereta kesayangannya. Abah membawa kereta ke kawasan Jabatan Veterinar. Kata abah disitulah kawasan yang paling tinggi dikampung kami. Masa kami sampai.dah ada dua buah kereta yang diletakkan di kawasan yang sama.

Selepas memeriksa semua pintu kereta berkunci,abah dan aku meredah hujan yang renyai-renyai itu untuk balik kerumah. Semasa dalam perjalanan balik, abah singgah kerumah Pak Su Omar untuk memastikan semua lembu peliharaan abah yang dijaga oleh Pak Su Omar sudah dikurung didalam kandang. Air banjir makin dalam, sekarang sudah paras betis. Abah ...

p/s: menulis untuk betulkan ejaan ..huhuhu



Affiliate Berunsur Islam?Jawapnya Rakan Niaga eQurban.com!!

Posted by madkie on Tuesday, June 11, 2013

Assalamualaikum semua... Seperti yang kita semua ketahui dari artikel sebelum ini, eQurban.com menyediakan satu program qurban dan akikah di Kemboja untuk membantu masyarakat Islam disana. Supaya mereka lebih berdaya saing dalam kehidupan seharian.( boleh rujuk artikel Beribadah Sambil Beramal Bersama eQurban.com ).

 
hadiah

Rakan niaga Qurban dan akikah (RAQA)ialah satu program pemasaran yang bertujuan untuk menjual lembu dan kambing bagi tujuan qurban dan akikah di Kemboja. Program ini jugak berbentuk affiliate yang berunsur ibadah. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sebagai rakan niaga eQurban boleh sertai di laman web eQurban.com. Klik pada pautan yang bertanda rakan niaga. Pada pautan itu jadual untuk komisyen setiap jualan turut disediakan dan yang paling utama, setiap penyertaan adalah percuma!!

 

Sertai sekarang!! Tekan link diSINI untuk pendaftaran.

 

 
Alhamdulillah...siapa yang tidak mahu menyertai program buat duit seperti ini? Kadar keuntungan bukan setakat didunia tetapi In Shaa Allah berpanjangan ke Akhirat. Yang membezakannya ialah niat. Kerana dengan niat sesuatu perkara itu dinilai. Niatlah menyertai RAQA untuk membantu sesama Islam di Kemboja disamping menjana pendapatan sampingan yang berkat. In Shaa Allah.. Manakala dari segi pahala, biarlah Allah yang menentukannya. 


"Konsep Rakan Niaga ini adalah secara promosi website eQurban.com. Setiap Rakan Niaga akan diberikan “Referral Website” dan diberikan bahan-bahan promosi secara percuma termasuk Artikel, Banner Pelbagai Ukuran dan lain-lain. Bahan-bahan promosi itu akan diletakkan di Blog atau website masing-masing dan apabila ada “Follower” atau orang ramai yang mendaftar membeli lembu atau kambing melalui blog atau website mereka, secara automatik, sistem akan mengetahui sumber jualan  dan pihak syarikat akan membayar komisyen kepada Rakan Niaga tersebut.Komisyen akan di bayar setiap bulan mengikut Rekod Jualan Rakan Niaga melalui “Online Payment”. "

petikan dari laman web eQurban.com

 



p/s: Hidupkan Hati untuk Memberi dengan Kasih Sayang


Beribadah Sambil Beramal Bersama eQurban.com

Posted by madkie on Sunday, June 9, 2013

Assalamualaikum semua...mungkin dah ramai yang mendaftar sebagai rakan niaga eQurban selepas seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati pada bulan lepas… madkie tak sertai pun seminar tue. Tetapi ramai rakan blogger yang memberitahu seminar itu mendapat sambutan yang sangat menggalakan. Sebenarnya, tujuan post kali bukanlah untuk bercerita tentang seminar tersebut, tetapi berkongsi tentang eQurban.com.
eQurban.com


Tahukah anda, program eQurban.com ialah satu program korban dan aqiqah di Kemboja anjuran Al-Ansar Agro Sdn. Bhd dengan kerjasama Koperasi Muslim Kemboja. Dibawah program ini, ibadah qurban dan aqiqah menjadi lebih mudah untuk dipraktiskan.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau tentang bagaimana binatang ternakan untuk program ini diternakkan kerana semua binatang ternakan dipeliharaan sendiri oleh pihak Al Ansar Agro Sdn Bhd dengan bantuan dari penduduk muslim di Kemboja. Secara tidak langsung, program ini turut membuka satu peluang pekerjaan kepada penduduk muslim di sana. Dengan cara ini, penduduk muslim di sana dipupuk untuk lebih berdikari.

Alhamdulillah hasil dari program korban dan aqiqah setiap tahun semenjak ditubuhkan pada 2010, satu sekolah telah berjaya dibina di Kemboja. Sekolah Diya Uddin, Battambang,Kemboja sebuah sekolah intergasi yang diurus oleh pihak Koperasi Muslim Kemboja. Dengan pembinaan sekolah ini, salah satu misi awal penubuhan eQurban Berjaya dilaksanakan, iaitu meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan masyarakat Islam di Kemboja. Selain sekolah, pihak eQurban turut membantu mewujudkan tanah wakaf untuk penanaman getah dan perikanan air tawar untuk penduduk Islam Kemboja.

perasmian sekolah Diya Uddin
Alhamdulillah dengan cara ini kita bukan hanya beribadah tetapi turut beramal dengan menginfakkan juga. Jangan sama-samalah kita beribadah sambil beramal dengan membuat tempahan untuk program korban dan aqiqah ini.

Jika anda berminat untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah di Kemboja, anda boleh klik pada pautan dibawah;
 
Unutk rujukan anda semua,harga adalah seperti berikut:

1 Bahagian Lembu – RM250 / 85 USD (International)

            1 Ekor Lembu – RM1750 / 595 USD (International)

             1 Ekor Kambing – RM550 / 190 USD (International)

Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman INI. untuk makluman anda sijil pengesahan,resit dan gambar turut diberi untuk setiap tempahan selepas selesai semua urusan.
 
gambar sembelihan
kredit gambar: http://equrban.com



Selamat Hari Lahir Sayang

Posted by madkie on Friday, May 31, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….31 Mei 2013. Satu tarikh yang bermakna buat madkie. Tarikh yang menyimpan pahit manis yang tersendiri, menghiasi hari –hari madkie dulu, sekarang dan masa depan. Kononnya hari ini bagaikan tarikh lahir seorang perempuan yang madkie paling sayang dalam hidup madkie. Tapi yang madkie maksudkan disini bukanlah orang tapi kereta madkie! sayang kamu!huhuh. Yela, lepas putus gewe Allah bagi rezeki untuk madkie beli kereta. Kancil jer…tapi sangat bermakna untuk madkie, setelah setahun kereta tue dengan madkie, kami banyak berkongsi rasa dan pengalaman. Saat suka, duka, dating, benci, geram, diharap, ketakutan, kekecewaan, manis… semua kenangan menjadi satu…kenapa kita harus bersengketa…mungkin …aik!? Tue lagu Siti Sarah…kuikui.


Emm. Setakat berkereta nie paling jauh madkie drive hanyalah dari Pasir Mas ke KL ke Melaka(member yang ganti drive dari UPM Serdang ke Melaka). Kalau ke Terengganu selalu sangat drive, sebab dulu adik belajar kat Uitm. Mengada, nak kena  berambil dan berhantar ke sana.huhu. tapi best lah, madkie jenis suka travel, kesana sini. Terbaru,madkie buat jelajah ke Perak. Madkie bersama dua orang lagi member menjelajah dari UPSI Tg. Malim hingga  ke Parit Buntar. Seronok dapat tengok legoland kat UPSI.hehe(sape2 kat UPSI tentu tau maksud madkie kan2?)
Sebenarnya bukan siri jelajah pun..madkie ke perak untuk singgah makan kenduri kahwin member baik masa menuntut di sebuah pengajian tinggi kat Melaka. Penat jugak drive lama2 kan? Teringin ke Johor untuk next percutian.huhu

p/s: rindu ex yang sama hb dengan keta..hepy besdy 2 u … yang satu2 nya

Kenapa Menyepi?

Posted by madkie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Alhamdulillah, 20 Rejab 1434 bersamaan dengan 30hb Mei 2013, hari ini genap usia madkie 26 tahun mengikut tahun hijrah . tak sangka, bangun tidur bangun tidur dah tua Bangka!hahaha. Masih lagi tidak mendapat pekerjaan setaraf dengan pendidikan dan masih mencuba. Tapi tak mengapa, lain orang lain rezekinya, yang penting berusaha tanpa jemu di iringi dengan doa kepada Pemberi Rezeki; Semoga dimurahkan rezeki untuk masa hadapan.

Buat mengisi masa lapang madkie bekerja sebagai pendawai @ juru elektrik.  Bekerja dengan kontraktor tempatan memerlukan pengorbanan dari segi imbuhan yang kita perolehi. Andaikata kita rajin bekerja maka sudah tentu poket kita penuh. Walaupun imbuhan yang madkie dapat tidak seberapa tapi  sudah cukup untuk madkie hidup di Kelantan. Kos sara diri yang rendah membantu penduduk untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kerisauan @ stress seperti penduduk di kota –kota besar seperti Kuala Lumpur.
Dengan pendapatan bulanan yang tidak seberapa madkie mula menceburi bidang perniagaan. Alhamdulillah dengan bantuan dari majikan madkie, dia memberi peluang dan tips –tips yang berguna untuk menjadi seorang usahawan. Madkie bersama –sama dengan seorang kawan telah membuka perniagaan berasaskan perkhidmatan telekomunikasi dan komputer. Kitorang bergerak secara perlahan kerana masih terikat dengan pekerjaan yang sedia ada. Alhamdulillah dengan pembahagian masa dan tugas yang berkesan kitaorang berjaya untuk bertahan hingga sekarang. In Shaa Allah, nanti madkie buat entri pasal kedai madkie ye..huhuhu


Pinjaman merupakan satu perkataan yang sentiasa bermain dalam kepala seorang  usahawan mahupun peniaga. Sebenarnya, Madkie tidak terkecuali dalam hal ini. Untuk projek yang seterusnya, madkie sekarang sedang berusaha untuk mendapat bantuan pinjaman dari pihak tertentu. Sebagai usahawan muda yang baru berjinak dalam bidang perniagaan anda disaran untuk membuat pinjaman dengan TEKUN, MARA, atau yang terbaru pinjaman Mikro daripada bank. Mungkin satu masa, madkie akan bercerita tentang cara –cara membuat pinjaman.eceh!

Alamak! Panjang pulak entri kali nie.apa –apa pun doakan madkie Berjaya dalam projek terbaru (cyabercafe). Bermula dari kosong bukanlah mudah, yang penting jangan dilangkau anak tangga yang menuju keatas, kerana mungkin semasa anda melompat untuk melangkau anda terjatuh kebawah semula(langkau sikit2 xpe la ;)).

Nuffnang Blogbuster Campaigns: Project C?

Posted by madkie on Tuesday, May 21, 2013

Assalamualaikum semua...minggu lepas madkie ada selongkar balik email -email lama madkie dan selepas itu madkie ada perasan satu email dari nuffnang. Rupa - rupanya email tue ialah proposed blogbuster campaigns. masa tue ada dua campaign yang diorang offer. Tapi yang menyedihkan, deadline kedua-duanya dah dekat. Mungkin tak sempat klu nak buat.




Eh?? Blogbersawang macam nie pun dapat propose ke?
Sebenarnya proposed blogbuster campaign ini adalah untuk semua ahli nuff yang berstatus gelihati..haah? Ohh silap..Gliteratti ye?


 Untuk tugasan diatas, setiap peserta perlu membuat video pendek kurang dari 10 saat. What is Project C? itu kata kunci yang diberi dan kita perlu meneka apa yang diwakili dengan huruf C itu...Adoi!! walau hanya satu huruf tapi blurr gak arr..huhuhu
Andai kata video yang kita buat dipilih, pihak nuffnang akan memberi kita komisyen 50 sen setiap kali video itu ditonton di blog anda.
Terasa mahu cuba buat video...sebab ini kali pertama madkie dapat propose dari nuffnang.Tapi madkie tak pandai bab -bab video nie.. Karang jadi video lain pulak.huhuhu

Alhamdulillah...deadline untuk hantar video dah dilanjutkan hingga 26 Mei 2013... untuk siapa -siapa yang layak tue jangan lupa try...masyuk kot. ;)


Kalau sesiapa yang belum daftar nuffnang boleh daftar kat SINI.


 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com