Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera…. Alhamdulillah, 20 Rejab 1434 bersamaan dengan 30hb Mei 2013, hari
ini genap usia madkie 26 tahun mengikut tahun hijrah . tak sangka, bangun tidur
bangun tidur dah tua Bangka!hahaha. Masih lagi tidak mendapat pekerjaan setaraf
dengan pendidikan dan masih mencuba. Tapi tak mengapa, lain orang lain
rezekinya, yang penting berusaha tanpa jemu di iringi dengan doa kepada Pemberi Rezeki; Semoga dimurahkan
rezeki untuk masa hadapan.
Buat mengisi masa lapang madkie
bekerja sebagai pendawai @ juru elektrik. Bekerja dengan kontraktor tempatan memerlukan
pengorbanan dari segi imbuhan yang kita perolehi. Andaikata kita rajin bekerja maka
sudah tentu poket kita penuh. Walaupun imbuhan yang madkie dapat tidak seberapa
tapi sudah cukup untuk madkie hidup di Kelantan. Kos sara diri yang rendah
membantu penduduk untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kerisauan @ stress
seperti penduduk di kota –kota besar seperti Kuala Lumpur.
Dengan pendapatan bulanan yang
tidak seberapa madkie mula menceburi bidang
perniagaan. Alhamdulillah dengan bantuan dari majikan madkie, dia memberi
peluang dan tips –tips yang berguna untuk menjadi seorang usahawan. Madkie
bersama –sama dengan seorang kawan telah membuka perniagaan berasaskan perkhidmatan telekomunikasi dan komputer.
Kitorang bergerak secara perlahan kerana masih terikat dengan pekerjaan yang
sedia ada. Alhamdulillah dengan pembahagian masa dan tugas yang berkesan
kitaorang berjaya untuk bertahan hingga sekarang. In Shaa Allah, nanti madkie
buat entri pasal kedai madkie ye..huhuhu
Pinjaman merupakan satu perkataan yang sentiasa bermain dalam
kepala seorang usahawan mahupun peniaga.
Sebenarnya, Madkie tidak terkecuali dalam hal ini. Untuk projek yang
seterusnya, madkie sekarang sedang berusaha untuk mendapat bantuan pinjaman
dari pihak tertentu. Sebagai usahawan muda yang baru berjinak dalam bidang
perniagaan anda disaran untuk membuat pinjaman dengan TEKUN, MARA, atau yang terbaru pinjaman
Mikro daripada bank. Mungkin satu masa, madkie akan bercerita tentang cara
–cara membuat pinjaman.eceh!
Alamak! Panjang pulak entri kali
nie.apa –apa pun doakan madkie Berjaya dalam projek terbaru (cyabercafe).
Bermula dari kosong bukanlah mudah, yang penting jangan dilangkau anak tangga
yang menuju keatas, kerana mungkin semasa anda melompat untuk melangkau anda
terjatuh kebawah semula(langkau sikit2 xpe la ;)).
{ 2 comments... read them below or add one }
nnti citer la ek kisah buat bisnes tue..excited nak tau !
In Shaa Allah.. sabar,ada masa madkie penuhi permintaan sifu..huhu
Post a Comment