Karangan Banjir Bahagian 3

Posted by madkie on Saturday, August 31, 2013

Air semakin dalam, setiba kami dihadapan rumah air sudah mula memasuki ruang dapur rumah kami. Ibu sedang mengangkat baldi yang mula terapung-apung di ruang dapur, adik kecilku terkial-kial mahu turun dari dukungan ibu. Aku dan abah terus ke dapur untuk menolong ibu mengemas barang-barang. Selepas itu, aku dah abah megangkat peti sejuk dan meletaknya diatas meja diruang keluarga. Mujur lah peti sejuk itu bersaiz sederhana, tidaklah terlalu berat. Tiba-tiba...

air memenuhi kampung


Tiba-tiba terdengar siren yang nyaring dari kampung sebelah. Kata abah, siren itu menandakan paras banjir di kampung sebelah dah mencapai paras bahaya. Abah kemudian menelefon Pak Su Omar agar datang mengambil kami ke tempat yang selamat. Ibu dah siap memasukkan barang-barang yang penting kedalam beg sandal. Pakaian pulak dikemaskan dalam beg yang lain supaya tidak kelam kabut semasa ditempat pemindahan nanti.

Sejam kemudian, Pak Su Omar sampai dengan perahu yang besar. Kata abah perahu itu muat 10 orang dewasa. Abah mendukung adik kecilku masuk kedalam perahu, manakala ibu memimpin dua orang adikku supaya tidak tergelincir. Hujan masih turun renyai-renyai, aku mengangkat beg pakaian satu persatu dan meletaknya diatas kepala perahu.

Pak Su Omar mula mengayuh perahu itu selepas aku berada dalam perahu itu. Ibu memegang payung dan memayung adik-adikku supaya tidak basah. Aku pula menyelimut beg-beg kami dengan plastik yang ada dalam perahu Pak Su. Arus air yang deras membuat hatiku kecut bila memikirkan kemungkinan jika perahu ini terbabas dan terbalik.Tapi Pak Su Omar seorang yang mahir mendayung perahu, dia kelihatan tenang mengayuh perahu perlahan-lahan melawan arus yang melintang jalan ke tempat pusat pemindahan. Tiba-tiba Bannggg...!!


p/s : bersambung lagi ;)






{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com