zaman sekolah rendah

Posted by madkie on Wednesday, August 28, 2013

assalamuailakum sahabat...hari ini dah masuk hari ke 3, madkie dan rakan -rakan sekerja membuat kerja baikpulih pendawaian di sebuah sekolah rendah di kawasan jajahan Rantau Panjang. Sebelum raya kumpulan lain yang membuat pendawaian disitu,jadi kami agak kekok untuk menyambung kerja mereka.
suasana sekolah membuat kami bertiga, Zul, Erie dan madkie merasa tenang dan tersenyum memikirkan tentang masa lalu. Masing-masing mengenangkan zaman sekolah rendah. Kata Erie dia dulu paling suka masa bunyi loceng tidak kira loceng rehat atau balik. Masa rehat jangan ceritalah,masa keluar kelas ramai-ramai berlari ke kantin dan beli kerepok lekor. lepas itu mesti main kejar2 sama kawan -kawan yang lain. Kadang-kadang terjatuh,habis kotor baju. Tapi masa itu tidak fikir kotor ke,bergaya ke,selekeh ke,yang penting seronok dapat main kejar2.
kata erie, masa kanak-kanak adalah satu masa yang paling seronok, kerna kita tidak terbeban dengan seribu macam masalah yang tidak pernah selesai.
Bagi madkie,zaman sekolah rendah memang seronok tapi ada juga masa yang tidak mahu kita ingat atau tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Contohnya,ada kawan madkie yang patah tangan gara2 bergurau,tentu dia tidak mahu mengenang tentang masa itu. Kenapa tidak,gara2 hal itu dia diejek kerna tangan dia hingga hari ini. Tapi Allah SWT Maha Adil dalam mengatur kehidupan hamba-hambaNya,kerna pada masa sekarang dia sudah hidup bahagia bersama keluarga. Madkie sendiri ada masa pahit dan manis masa sekolah rendah,macam mana seronok dan gementarnya hari pertama persekolahan madkie. Masa itu arwah abah yang mendaftarkan madkie ke sekolah rendah itu, arwah pesan supaya berkawan baik2 dengan pelajar sebelah madkie. Kalau tak silap nama budak itu Faizul. Lepas hari itu kami berkawan baik sampai darjah dua sebab madkie turun kelas,biasalah pergi sekolah hanya mahu berseronok saja. Lagipun madkie tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak di taska ataupun tadika. Yang pahit masa Sekolah Rendah madkie pernah sekali dimarahi cikgu bahasa Inggeris sebab tulisan macam cakar ayam,tapi kata cikgu itu tulisan madkie lebih dari itu.dah macam cakar biawak,yang sedih dan memalukan cikgu itu membaling buku madkie ke kaki lima bilik darjah. Memang memalukan,sampai sekarang madkie tak suka bahasa Inggeris.huhuhu.
Itu kisah tahun satu, tahun dua madkie masih aktif bergurau dengan kawan -kawan setiap masa rehat. Tanpa disangka satu hari,lepas madkie makan kerepok lekor dikantin,madkie berlari-lari disekitar taman sains dan berhenti di satu pondok rehat di tengah kawasan darjah dua dan tiga. Tiba-tiba...

...prankkk!!!ada seorang budak darjah tiga langgar madkie,nasib tidak baik kepala madkie terlanggar tiang pondok,kepala madkie sekitar kening membengkak dan mata madkie menjadi kabur. Masa itu heboh kisah madkie terlanggar tiang disekolah. Madkie menangis dan masuk ke kelas,cikgu mengajak madkie ke klinik. Masa diklinik, doktor bertugas menyuruh cikgu membawa madkie ke hospital untuk di x-ray ,takut kepala madkie retak.last2 arwah abah yang bawa madkie ke hospital,madkie takut gila bila kena x-ray.sampai hari ini madkie fobia dengan hospital..tragis betul zaman sekolah madkie :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com