Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua …13 Oktober 2012 genap 93 hari madkie
berblogging atas nama blog Story of Madkie(S.o.M). diawal minggu pertama madkie membina blog
S.o.M,terlalu banyak masalah ataupun kekangan untuk membina sebuah blog yang
diimpikan oleh madkie. Tanpa semangat yang kental, seseorang blogger
mungkin menarik diri dari cabaran berblogging ini. Sebelum madkie memberanikan
diri madkie untuk membina dan mengurus blog sendiri, madkie mendapat rangsangan
ataupun dorongan dari blog Ciktom.
Dimana blog ciktom pada masa ini merupakan satu blog personal yang berinfomasi
sejajar dengan otai-otai blogger yang
lain. Terinspirasi dengan kesungguhan dan penyampaian ciktom yang berkesan,
maka lahirlah Story of Madkie.
![]() |
SoM in the Making |
Namun, kekangan masa dan kekurangan pendedahan tentang
cara-cara yang sesuai untuk menghasilkan blog yang disukai ramai. Madkie
sentiasa sibuk dengan tugas projek manager disebuah syarikat elektrik dan
pembinaan milik bumiputera sepenunya.
Tetapi, madkie cuba mencuri masa rehat dan tidur madkie untuk mencari tutorial
yang berguna untuk membina blog dan cara – cara untuk mengendali blog. Antara
blog yang sentiasa dalam list madkie dalam proses pembelajaran adalah blog: ciktom,maribinablog, forblogger dan
byk lagi blog yang madkie dah lupa.jangan marah=).
Alhamdulillah, walaupun hanya mempunyai masa pada sebelah malam, madkie
dapat meng’update’ blog madkie secara perlahan –lahan . itu sudah cukup dari
membiar blog ini berkubur agak lama. Dalam usia berblogging yang masih mentah,
madkie ada menyertai beberapa contest untuk menguji kekuatan content blog dan
keyword. Ternyata blog madkie masih tidak mempunyai keyword yang kuat dan
content blog yang entah apa – apa.
Selain itu madkie juga tidak ketinggalan untuk menyertai
beberapa program affiliate dan program menjana duit tanpa modal. Buat masa
sekarang, madkie hanya mendapat komisen pertama dari jobdirumah.com dan cashout pertama dari says. Alhamdulillah awal bulan Oktober
yan lalu madkie mendapat emel pemberitahuan tentang duit komisen telah Berjaya
ditransfer masuk kedalam akaun bank islam madkie.
Akhir kata, madkie sebagai blogger baru perlu meningkatkan
lg tahap kreativiti dan merajinkan berblogwalking untuk memantapkan lagi SoM.
Kenapa madkie menekankan kreativiti dan blogwalking? Pada umumnya, daya kreatif
seseorang mampu menarik mint reader untuk membaca entri sesebuah blog, kreatif
dalam penulisan, bercontest, bersegmen, berkomen dan banyak lagi. Manakala
dengan berblogwalking kita dapat membaca penulisan orang lain yang munngkin lebih
baik dari kita. Bagaimana blogger menentu hala tuju blog dan yang paling
penting adalah untuk meninggalkan backlink pada blog lain.
p/s: Pada masa sekarang madkie telah meletakkan SoM pada
tahap yg terendah iaitu pagerank 0 dan ini satu cabaran untuk madkie tingkatkan
PR SoM ke PR1 untuk
next PR update.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment