Selamat Hari Lahir Sayang

Posted by madkie on Friday, May 31, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….31 Mei 2013. Satu tarikh yang bermakna buat madkie. Tarikh yang menyimpan pahit manis yang tersendiri, menghiasi hari –hari madkie dulu, sekarang dan masa depan. Kononnya hari ini bagaikan tarikh lahir seorang perempuan yang madkie paling sayang dalam hidup madkie. Tapi yang madkie maksudkan disini bukanlah orang tapi kereta madkie! sayang kamu!huhuh. Yela, lepas putus gewe Allah bagi rezeki untuk madkie beli kereta. Kancil jer…tapi sangat bermakna untuk madkie, setelah setahun kereta tue dengan madkie, kami banyak berkongsi rasa dan pengalaman. Saat suka, duka, dating, benci, geram, diharap, ketakutan, kekecewaan, manis… semua kenangan menjadi satu…kenapa kita harus bersengketa…mungkin …aik!? Tue lagu Siti Sarah…kuikui.


Emm. Setakat berkereta nie paling jauh madkie drive hanyalah dari Pasir Mas ke KL ke Melaka(member yang ganti drive dari UPM Serdang ke Melaka). Kalau ke Terengganu selalu sangat drive, sebab dulu adik belajar kat Uitm. Mengada, nak kena  berambil dan berhantar ke sana.huhu. tapi best lah, madkie jenis suka travel, kesana sini. Terbaru,madkie buat jelajah ke Perak. Madkie bersama dua orang lagi member menjelajah dari UPSI Tg. Malim hingga  ke Parit Buntar. Seronok dapat tengok legoland kat UPSI.hehe(sape2 kat UPSI tentu tau maksud madkie kan2?)
Sebenarnya bukan siri jelajah pun..madkie ke perak untuk singgah makan kenduri kahwin member baik masa menuntut di sebuah pengajian tinggi kat Melaka. Penat jugak drive lama2 kan? Teringin ke Johor untuk next percutian.huhu

p/s: rindu ex yang sama hb dengan keta..hepy besdy 2 u … yang satu2 nya

Kenapa Menyepi?

Posted by madkie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Alhamdulillah, 20 Rejab 1434 bersamaan dengan 30hb Mei 2013, hari ini genap usia madkie 26 tahun mengikut tahun hijrah . tak sangka, bangun tidur bangun tidur dah tua Bangka!hahaha. Masih lagi tidak mendapat pekerjaan setaraf dengan pendidikan dan masih mencuba. Tapi tak mengapa, lain orang lain rezekinya, yang penting berusaha tanpa jemu di iringi dengan doa kepada Pemberi Rezeki; Semoga dimurahkan rezeki untuk masa hadapan.

Buat mengisi masa lapang madkie bekerja sebagai pendawai @ juru elektrik.  Bekerja dengan kontraktor tempatan memerlukan pengorbanan dari segi imbuhan yang kita perolehi. Andaikata kita rajin bekerja maka sudah tentu poket kita penuh. Walaupun imbuhan yang madkie dapat tidak seberapa tapi  sudah cukup untuk madkie hidup di Kelantan. Kos sara diri yang rendah membantu penduduk untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kerisauan @ stress seperti penduduk di kota –kota besar seperti Kuala Lumpur.
Dengan pendapatan bulanan yang tidak seberapa madkie mula menceburi bidang perniagaan. Alhamdulillah dengan bantuan dari majikan madkie, dia memberi peluang dan tips –tips yang berguna untuk menjadi seorang usahawan. Madkie bersama –sama dengan seorang kawan telah membuka perniagaan berasaskan perkhidmatan telekomunikasi dan komputer. Kitorang bergerak secara perlahan kerana masih terikat dengan pekerjaan yang sedia ada. Alhamdulillah dengan pembahagian masa dan tugas yang berkesan kitaorang berjaya untuk bertahan hingga sekarang. In Shaa Allah, nanti madkie buat entri pasal kedai madkie ye..huhuhu


Pinjaman merupakan satu perkataan yang sentiasa bermain dalam kepala seorang  usahawan mahupun peniaga. Sebenarnya, Madkie tidak terkecuali dalam hal ini. Untuk projek yang seterusnya, madkie sekarang sedang berusaha untuk mendapat bantuan pinjaman dari pihak tertentu. Sebagai usahawan muda yang baru berjinak dalam bidang perniagaan anda disaran untuk membuat pinjaman dengan TEKUN, MARA, atau yang terbaru pinjaman Mikro daripada bank. Mungkin satu masa, madkie akan bercerita tentang cara –cara membuat pinjaman.eceh!

Alamak! Panjang pulak entri kali nie.apa –apa pun doakan madkie Berjaya dalam projek terbaru (cyabercafe). Bermula dari kosong bukanlah mudah, yang penting jangan dilangkau anak tangga yang menuju keatas, kerana mungkin semasa anda melompat untuk melangkau anda terjatuh kebawah semula(langkau sikit2 xpe la ;)).

Nuffnang Blogbuster Campaigns: Project C?

Posted by madkie on Tuesday, May 21, 2013

Assalamualaikum semua...minggu lepas madkie ada selongkar balik email -email lama madkie dan selepas itu madkie ada perasan satu email dari nuffnang. Rupa - rupanya email tue ialah proposed blogbuster campaigns. masa tue ada dua campaign yang diorang offer. Tapi yang menyedihkan, deadline kedua-duanya dah dekat. Mungkin tak sempat klu nak buat.




Eh?? Blogbersawang macam nie pun dapat propose ke?
Sebenarnya proposed blogbuster campaign ini adalah untuk semua ahli nuff yang berstatus gelihati..haah? Ohh silap..Gliteratti ye?


 Untuk tugasan diatas, setiap peserta perlu membuat video pendek kurang dari 10 saat. What is Project C? itu kata kunci yang diberi dan kita perlu meneka apa yang diwakili dengan huruf C itu...Adoi!! walau hanya satu huruf tapi blurr gak arr..huhuhu
Andai kata video yang kita buat dipilih, pihak nuffnang akan memberi kita komisyen 50 sen setiap kali video itu ditonton di blog anda.
Terasa mahu cuba buat video...sebab ini kali pertama madkie dapat propose dari nuffnang.Tapi madkie tak pandai bab -bab video nie.. Karang jadi video lain pulak.huhuhu

Alhamdulillah...deadline untuk hantar video dah dilanjutkan hingga 26 Mei 2013... untuk siapa -siapa yang layak tue jangan lupa try...masyuk kot. ;)


Kalau sesiapa yang belum daftar nuffnang boleh daftar kat SINI.


OH Blogku dah Bersawang!

Posted by madkie on Saturday, May 18, 2013


Rasanya dah berbulan-bulan madkie tak menulis diblog nie. Kekangan masa yang agak terhad dengan kerja yang berlambak membantut semangat madkie untuk publish post secara konsisten. Tetapi itu hanya alasan madkie yang sememangnya pemalas besar.huhu. mana taknya, orang lain selamba jerr boleh update blog masing-masing, walaupun rutin harian mereka lebih sibuk dari madkie sendiri.hehehe malunya.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Sang Pencipta yang tidak pernah alpa untuk memberi nikmat dan rahmat..Dan sehingga kini kita semua masih dapat meneruskan hidup. Madkie disini tak mahu bermain kata -kata dengan janji manis untuk sentiasa mengupdate blog ini. Kononnya mahu buat sepuluh post sehari(semangat giler tu..huhuhu).tapi cukuplah dengan post-post yang santai untuk tatapan semua.

Rindu weh nak menaip depan laptop sambil makan kerepek pisang atau choki-choki. Dalam masa 5 bulan ini madkie rasa 24jam tak cukup untuk madkie handle kehidupan madkie. Tapi Alhamdulillah makin lama, makin nampak jalan yang Allah bagi. Mungkin jalan itu dah lama ada tapi tak nampak kot.huhu

...

Pejam celik- pejam celik dah setahun lebih aku menyibukkan diri dengan kerja. Tak sanggup rasa untuk sesaat mengenang peristiwa perit itu. Awal –awal dulu, aku tak boleh nak terima kenyataan…maz dah tinggalkan aku keseorangan. Mujur lah ada mama yang menemani aku tatkala hati ini meronta-ronta merindui dirimu. Aku akui kesilapan berpunca dari sikap cemburu buta!arrgh!! kenapa aku tak percaya dengan kata-kata maz??kenapa??
“Mir  jom makan… malam nie mama masak special untuk mir…ni ada sup daging kesukaan mir…”panggil puan sarimah sambil meletak bekas kaca yang berisikan sup daging yang berasap nipis di tengah meja.

Mir mula bergerak menuju meja makan.nanti kalau dia lambat bangun ada lah yang dibebel oleh mamanya.
“mama…ina ngan sarah mana?tak makan sama ke?”pintas mirzan bila teringat kedua adik kembar.

 ...

aik??apa tue?? Ooo iklan novel sebabak.sorry kawan -kawan itu scene dalam novel Merindu Kasih Semalam. Takde kaitan pun dengan comeback madkie.hehehe.

p/s: OOOooooooooooii!!i'm coMEbaCKKK
 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com