Terlepas Temuduga PEP 42 ~ TNB

Posted by madkie on Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Hari ini perasaan 'tension' masih ada bila teringat tentang peristiwa terlepas temudaga ini. Tension melampau-lamppau, apa tidaknya gara-gara seminggu madkie tak dapat online, madkie dah terlepas satu temuduga. Temuduga itu sepatutnya semalam, dekat ILSAS pukul dua petang. Nak dijadikan 'story' dalam seminggu ini broadband yang berkelajuan cahaya tersandar, kehabisan minyak dan semalam madkie pergi 'cyber cafe' bila teringat ada sesuatu yang perlu diselesaikan. Bila buka personal emel madkie terkejut bila tengok ada emel dari TNB. Rasa geram pun ada juga bila terfikir kenapa peluang sebegitu boleh terlepas. Tetapi, inilah takdir Allah dan mungkin ada rezeki madkie ditempat lain

cukuplah satu perenggan madkie melepas rasa untuk kali ini, Selamat Berbuka Puasa Untuk Semua.

TinTa Pengenalan~Story of Madkie

Posted by madkie on Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada muslim dan muslimah semua. Dalam tidak sedar dah tiga hari kia berpuasa dan dah tiga malam kita mengerjakan amalan sunat iaitu solat sunat terawih. Untuk makluman semua pembaca, blog ini dibuat untuk mengisi masa lapang yang dah terlebih lapang sambil bercucuk tanam  pokok anggur yang dah bertahun -tahun, masih tak nampak hasil.huhuhu

Blog Story of Madkie dah dibina lagi awal sebenarnya, tapi nak buat camner broadband yang berkelajuan cahaya ni dah kehabisan minyak. madkie pulak tinggal kat sempadan Thai, "coverage" broadband kurang sikit. Sebenarnya, orang yang bertanggungjawab buat madkie terjebak dalam alam maya ini adalah cik tom. Kisahnya camnie, 7 bulan lepas madkie baru putus cinta, jadi tak tahu nak buat apa,merayau -rayau la dalam alam maya. FB pun madkie dah tutup akaun, sedih punya pasalkan.tengah google pasal cara nak buat blog guna blogspot keluar dekat situ tutorial buat blog cik tom. masa tu madkie main masuk la dan baca apa yang berkaitan dengan hidup madkie. tak sangka boleh jadi follower cik tom pulak dan salah satu tips yang madkie guna yang ada dalam blog cik tom, ialah berkait dengan tips nak beli kereta terpakai. Allamdulillah, 31 Mei yang lepas madkie beli kereta kancil terpakai lepas guna tips dari blog cik tom. Terima kasih cik tom kerana berkongsi tips yang berguna untuk semua.

Blog Story of Madkie masih dalam pembikinan untuk belayar bersama-sama dengan blogger lain, tetapi yang penting madkie mengharapkan cubitan dan teguran daripada otai -otai blogger semua. Misi Blog Story of Madkie cuma untuk berkongsi kisah hidup dan ilmu yang tidak seberapa dengan pembaca blog semua.


p/s: terima kasih cik tom bagi dorongan untuk mencuba sesuatu yang baru

Sitemap

Posted by madkie on Thursday, July 12, 2012



 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com