131 Hari Bersama Si Dia

Posted by madkie on Friday, October 12, 2012

Salam sayang dan Salam ensem semua...10/10/2012 genap 131 hari madkie bersama si dia. Madkie amat menyayanginya. Madkie masih ingat pertama kali madkie berjumpa dengan dia. Ketika itu dia bersama-sama kawan -kawannya yang lain. Tapi hati madkie dah terpaut pada si dia, maka hati tu jugaklah madkie datang merisik dan menetap hari untuk masuk meminang iaitu 2 hari selepas hari itu.

Hari tu, 29/5/2012...hari bersejarah dalam hidup madkie, lewat petang barulah madkie datang bertandang ke rumah si dia dengan niat untuk meminang. kedatangan madkie disambut penuh hormat oleh tuan rumah. Setelah menyata hajat dihati, tuan rumah bersetuju dan mahu menetap tarikh yang sesuai. Katanya lagi awal lagi bagus. madkie hanya tersenyum mendengar selorohnya.

Setelah berbincang dengan pak cik madkie, baru la kami membuat keputusan untuk mempercepatkan tarikh akad dan kedua belah pihak bersetuju untuk menetapkan tarikh akad pada 31/5/2012. Bermulalah pengembaraan episod hidup madkie untuk mengurus soal kewangan untuk menampung jumlah kos masa kini yang agak tinggi. Setiap sesuatu perkara perlu diambil kira dan perlu ada inisiatif untuk sentiasa membuat yang terbaik untuk si dia.

si dia tersayang ketika tinted
Alhamdulillah, kekangan kewangan diusia muda bukanlah penghalang untuk berdua tetapi menjadi satu latihan untuk mematangkan madkie untuk menghadapi ujian yang lebih getir. Dimana ujian ini membuat madkie termenung jauh untuk menjangkau setiap kesan daripada sesuatu tindakan.

Dan kini, madkie boleh tersenyum kerana 131 hari berlalu dengan penuh kenangan tercipta antara kami berdua. Sudah banyak tempat kami pergi bersama, Alhamdulillah si dia tidak mengecewakan madkie. Insaallah, ada rezeki lebih madkie nak hias si dia bagi lagi menarik dan awal bulan depan kami kemungkinan ke KL. Kali pertama madkie akan memandu long trip, doakan kami selamat sampai.

Buat masa sekarang destinasi terjauh madkie bersama si dia baru ke Kuala Terangganu, sama-sama hantar adik madkie ke UiTM. Semoga hubungan kami kekal. Kereta tersayang.hehe

p/s: madkie dan kereta tersayang =).

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com