Tips Merancang Perbelanjaan Hari Raya

Posted by madkie on Friday, August 3, 2012

Kegagalan merancang perbelanjaan secara teliti ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri selalu mengundang kesempitan dari segi kewangan. Masalah ini berpunca dari sikap masyarakat Islam setempat yang cenderung untuk berbelanja secara berlebihan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Untuk entri kali ini, madkie ingin berkongsi tips ringkas merancang perbelanjaan pada Hari Raya;

Membuat Senarai Barangan
Merancang perbelanjaan dengan membuat senarai barangan merupakan langkah bijak untuk mengelakkan pembelian barangan yang tidak diperlukan secara spontan.
Dengan cara ini, perbelanjaan anda akan sentiasa berada dibawah peruntukan perbelanjaan.


Mengurangkan Aktiviti 'Shopping'
Tips ini dituju kepada anda yang kaki membeli belah. Cuba untuk mengurangkan aktiviti ini untuk mengelakkan perbelanjaan mengikut kehendak dan rangsangan tanpa membuat pertimbangan yang waras. Pastikan anda berfikir secara mendalam ketika membuat keputusan dan tidak mengikut pengaruh rakan sebaya ketika berbelanja.


Memilih Tempat Yang Membuat Jualan Murah
Amalan ini membolehkan anda mendapat barangan dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Tetapi anda perlu bijak membuat perbandingan harga dan kualiti barangan agar tidak tertipu dengan strategi perniagaan. Biar penat sedikit asalkan puas ahti dengan barangan yang dibeli.

Berbelanja Mengikut Kemampuan dan Kesesuaian
Jangan mudah terpengaruh dengan cara perbelanjaan orang lain, kerana kemampuan setiap manusia pasti berbeza-beza Selain itu elakkan diri dari sikap menunjuk -nunjuk dan suka berbanding-banding dengan orang lain. Sebaliknya, amalkan membeli barangan yang bersesuaian dengan kemampuan anda dan cuba amalkan memilih untuk emmbeli barangan yang tahan lama dari segi kualiti dan ketahanan barangan tersebut.

Cukup setakat ini untuk tips ringkas merancang perbelanjaan pada Hari Raya. Semoga Hari Raya tahun ini lebih meriah dalam keserderhanaan berbelanja.

p/s: tahun nie dah xdpt duit raye,bosannyer


{ 2 comments... read them below or add one }

lepakk.com said...

Bagi suami dan isteri yang berada jauh mcm saya agak sukar membuat budject perbelanjaan :)

madkie said...

luangkan masa bersama..tidak rugi untuk kita mencuba=)

Post a Comment

 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com