Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Posted by madkie on Wednesday, August 8, 2012


Story madkie kali ini adalah sempena dengan Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com. Tajuk story ini: Puasa dan Seribu Cabaran

Cerita ini dikarang berdasarkan kisah pada 17 Ramadhan yang lepas. Ceritanya begini...


Hari ini aku pergi ke tempat kerja seperti biasa. Untuk makluman semua, aku seorang pendawai elektrik sambilan. Tiba di pejabat syarikat di Pasir Mas, aku dan lima lagi rakan sekerja menunggu kedatangan seorang lagi pekerja merangkap driver kami.

Jam hampir 9.30pagi. Kami membuat keputusan untuk memilih driver sementara untuk hari ini. Antara akmi berenam, hanya aku dan seorang lagi kawanku boleh memandu. Jadi kami membuat keputusan untuk bergilir-gilir memandu. Destinasi kami yang pertama hari ini, di Jajahan Machang dan aku menjadi driver kesana. Pada mulanya aku agak kekok untuk memandu van itu. Dengan alignment dan tayar yang kurang angin, kami meneruskan perjalanan hari ini. Aku memandu dengan hati-hati dan perlahan, sehinggakan aku mengambil masa hampir 2jam untuk ke Machang. Dah macam nak pergi Besut.huhuhu.

Di Machang, tugasan kami hari ini adalah untuk menyiapkan lampu lanskap taman dan lampu spotlight laman rumah. Kami bekerja agak perlahan kerana cuaca tengah hari itu terlalu panas.aku dan berapa kali membasuh muka untuk menghilangkan kepanasan. aku juga hampir terjatuh dari bumbung ketika proses penarikan armor kabel dilakukan.masa tu muka aku pucat lesi.
hampir jatuh dari bumbung

Jam 2 petang, semua kerja berjaya diselesaikan dengan jayanya. Kami semua gembira kerana dapat siapkan kerja dengan cepat, dengan harapan dapat terus pulang kerumah.

Tetapi angan-angan kami hanya sekejap.Bos kami menghubungi kami dan meminta kami untuk ke Masjid Tok Sangkut, Pasir Mas dengan segera untuk memasang lampu khemah. Kata bos, Sultan Kelantan datang berbuka puasa dengan rakyat disana nanti.

Time balik member aku yang bawa, Aku dah tak larat nak memandu. Kami bertolak pukul 2.30 ptg. Pada awalnya tiada apa2 yang berlaku, sehingga sampai satu selekoh di jalan Tanah Merah lama. Van yang dipandu rakan hampir merempuh sebuah van yang keluar secara tiba-tiba. Masa itu kami semua agak panik dan pucat. Allamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku. Van yang keluar itu terus memecut dan melarikan diri. rakanku memandu dengan lebih berhati-hati. Sampai ke selekoh didepan, tiba-tiba aku terdengar satu letupan.dengan spontan aku membuat andaian 'sapa la main mercun petang hari ini?', serentak dengan itu van kami sengit sebelah. Baru lah kami semua sedar yang van kami bocor. rakanku cuba untuk mengawal stereng van yang berat giler tu sedaya upaya. Van kami hampir-hampir terbabas ke tengah jalan. Selepas terseret lebih 100m, baru van kami terhenti. kami segera keluar dari van dengan muka yang pucat

Begini lah keadaan rim dan tayar van selepas van berhenti. Van kami hampir-hampir terbalik dan melanggar tunggul kayu lama di tepi jalan.


Jam dah pukul 3.30ptg, kami terpaksa membuat panggilan kepada bos kerana van itu tiada tyre spare.setelah menunggu 15minit bos datang dengan pajero. Bos arahkan aku dan dua orang rakan ku untuk mengikut dia ke Masjid Tok sangkut dengan segera. Kami dah kesuntukan masa untuk membuat persiapan lampu khemah. Tiga orang lagi rakanku menunggu dan menukar tayar van yang baru.



Tiba di Masjid Tok Sangkut dalam pukul 4.15ptg. kami bertiga agak penat tetapi terpaksa untuk siapkan kerja-kerja penting ini. Dan ini kali pertama aku berkhidmat untuk Tuanku Sultan Muhammad V. Terasa bangga kerana dapat berbakti untuk Sultan sendiri.



keadaan masjid pada mulanya agak lenggang menjadi semakin gamat dengan ajk masjid yang membuat sentuhan terakhir untuk mencantikkan masjid.


kami bekerja dalam masa yang singkat dan kepenatan yang melampau.Tekak terasa perit, kalau lah bukan dekat masjid. Hampir-hampir aku tertewas hari ini. Jam dah pukul 5.20ptg, semua lampu khemah dah siap dipasang. Masa untuk membuat pengujian litar, sama ada menyala atau tidak. Check punya check, tiada arus elektrik yang mengalir. Kami semua panik, tidak tahu kenapa jadi begitu. Bos mula marah-marah. Kami agak tertekan dengan keadaan itu.Bos mula meninjau keadaan sekeliling, rupa-rupanya TNB datang membuat pengujian pada litar yang bersambung ke masjid. Jadi satu masjid tiada elektrik masa itu.



jam 5.40 semua kerja berjaya disiapkan. kami berpuas hati dengan kerja kami walaupun agak penat. Van kerja sudah siap di baiki dan mereka datang untuk ambil aku dan dua orang rakanku. bila rakan kucuba untuk hidupkan engin van, van itu tak boleh nak start. kami semua bengang, dah lah penat. setelah try beberapa kali. kami membuat keputusan untuk tolak van itu. Moga-moga dapat hidupkan enjin van. Tapi usaha kami gagal.




 Akhir sekali, kami tinggalkan van kerja dekat belakang rumah orang.hahaha
Kami pulang dengan pajero. Bayangkan 7 orang dalam satu kereta. memang hari yang tidak mudah untuk aku lupakan


 
Sampai rumah,jam dah dekat pukul 7ptg. lepas siap membersihkan diri, aku menunggu masa berbuka. Dengar je azan terus minum air, sebotol twister oren  dan separuh air 100plus. hahaha.hari tu aku makan nasi dua kali suap je. Itulah padahnya minum air terlalu banyak. malam itu hujan pulak, memang tak terawih dah aku.sambil hilangkan penat badan, aku BW dan tengok contest ini...dan tiba-tiba terdengar satu dentuman kuat. Aku terperanjat giler, laptop aku terus mati dengan sendiri. Aku dengan tergopoh gapah membuang semua kabel..muka aku pucat..habis la laptop aku. 



~tamat~ 

Begitulah kisah seorang pendawai sambilan yang penuh dengan dugaan dan cabaran di Bulan Ramadhan ini.

sponsor hadiah iaitu blogger double trouble brother shakiddo.com dan hazmanfadzil.com


Hari ini Last Day!! cepat-cepat join...





{ 5 comments... read them below or add one }

Geng Borak said...

giler babas citer nih.. good luck yea bro!

madkie said...

tQ bro...mmg terbabas citer cni.hehehe

Unknown said...

hmmmm semoga dpt pengajaran..dan lebih berhati hati lepas ni ye insyaAllah..mujur tiada apa2 yg lebih teruk terjadi

madkie said...

Alhamdulillah...syukur tiada ape2 yg lbh teruk=)

CIK TOM said...

alhamdulillah semuanya selamat...

Post a Comment

 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com