TinTa Pengenalan~Story of Madkie

Posted by madkie on Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada muslim dan muslimah semua. Dalam tidak sedar dah tiga hari kia berpuasa dan dah tiga malam kita mengerjakan amalan sunat iaitu solat sunat terawih. Untuk makluman semua pembaca, blog ini dibuat untuk mengisi masa lapang yang dah terlebih lapang sambil bercucuk tanam  pokok anggur yang dah bertahun -tahun, masih tak nampak hasil.huhuhu

Blog Story of Madkie dah dibina lagi awal sebenarnya, tapi nak buat camner broadband yang berkelajuan cahaya ni dah kehabisan minyak. madkie pulak tinggal kat sempadan Thai, "coverage" broadband kurang sikit. Sebenarnya, orang yang bertanggungjawab buat madkie terjebak dalam alam maya ini adalah cik tom. Kisahnya camnie, 7 bulan lepas madkie baru putus cinta, jadi tak tahu nak buat apa,merayau -rayau la dalam alam maya. FB pun madkie dah tutup akaun, sedih punya pasalkan.tengah google pasal cara nak buat blog guna blogspot keluar dekat situ tutorial buat blog cik tom. masa tu madkie main masuk la dan baca apa yang berkaitan dengan hidup madkie. tak sangka boleh jadi follower cik tom pulak dan salah satu tips yang madkie guna yang ada dalam blog cik tom, ialah berkait dengan tips nak beli kereta terpakai. Allamdulillah, 31 Mei yang lepas madkie beli kereta kancil terpakai lepas guna tips dari blog cik tom. Terima kasih cik tom kerana berkongsi tips yang berguna untuk semua.

Blog Story of Madkie masih dalam pembikinan untuk belayar bersama-sama dengan blogger lain, tetapi yang penting madkie mengharapkan cubitan dan teguran daripada otai -otai blogger semua. Misi Blog Story of Madkie cuma untuk berkongsi kisah hidup dan ilmu yang tidak seberapa dengan pembaca blog semua.


p/s: terima kasih cik tom bagi dorongan untuk mencuba sesuatu yang baru

{ 2 comments... read them below or add one }

CIK TOM said...

owh dh pernah msk 7 bulan lepas ek? dh lama tue...hehe... pendapat cik tom ok theme blog ni.. senang nak baca..load pun laju..nak komen pun senang.. siap dh ada sitemap n tab menu..nmpk dh mmg mahir buat blog..happy blogging ye =)

madkie said...

hehe...thanx sudi jenguk dn komen d blog madkie,dah lama bertapa di blog cik tom dn blog otai2 len.tp msh byk yng prlu madkie pljri.=)

Post a Comment

 

Random Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Story Busuk

my ping

My Ping in TotalPing.com